Wednesday, July 20, 2005

Ganaskah logikal otak itu?

Berhubung dgn kes kepetualangan pegawai hep (kononnyalah) Selangor terhadap pelajar² Selangor yg berada di Mesir dan menetap di Rumah Selangor Haiyu 'Asyir.
Aku pun terlibat secara langsung dlm hal ni, sebabnya 17/7 itu hari aku dapat surat bertulis (yg dinampakkan seolah-olah rasmi dari K'jaan Negeri Selangor) supaya bersiap-sedia dlm masa 3 hari utk diberambuskan...

Kesimpulan otak aku sehingga detik ni :
Aku patutnya tdk akan bertindak ganas terhadap kedua² ekor mangkuk ni.
Sbbnya lagi kalau aku buat ganas sbg cthla, baling batu ke dsb, aku akan secara tak langsung menjatuhkan martabat NABI MUHAMMAD S.A.W sbb Baginda dulu mmg pernah kena benda² mcm tu. Tak patutlah aku menyamakan status 2 ekor mangkuk yg biadab tu dgn keadaan yg dilalui oleh Baginda NABI sdgkan terang² 2 suasana ni berbeza sama sekali. Baginda NABI dicemuh + diganasi sbb berdakwah kpd ALLAH S.W.T. Sdgkan 2 ekor mangkuk tu berusaha penat lelah mengipas makhluk yg lagi hampeh dari dorang dgn cara yg ke'yahudi'an semata-mata ingin memartabatkan gaya hidup dorang sendiri tatkala menghabisi sumber² halal dari Rukun Islam.
Sbbnya lagi Baginda NABI dulu bila dah diganasi melampaui batas norma² manusia, Baginda tak berdendam mcm org² melayu. Sebaliknya Baginda terus lampaukan fokus kpd matlamat sebenar keperutusan Baginda dan mengadu kpd ALLAH EMPUNYA ALAM. Bahkan dlm sesetgh kes tu Baginda masih lagi mendoakan mereka² yg pernah menzalimi + mengugut Baginda. Logiknya otak aku menggariskan, kalaulah sama org kafir pon Baginda berlembut, inikan pula yg sama Islam.
Sbb kalaunya aku buat mcm tu maknanya aku ni takde beza dgn diorg. Dorang tu ngaji tak tinggi alah mana, so logikallah kebudakannya sifat² mangkuk² tu. Lazimnya golongan yg superior kenalah mengalah bg can kat golongan inferior barulah nampak kematangan golongan superior.
Sbbnya keganasan luaran hanyalah utk mereka² yg mentah + memandang dunia ini dari dimensi seorg yg dipengaruhi tv dan berpakaian rasmi sekolah. Patutnyalah aku yg dah semakin tua nyanyuk ni menghadam pengalaman² sebegini dan berfikir secara rasional dlm mengharungi benda² remeh mcm ni dgn penuh intelek + tawaduk.
Sbbnya kalau aku buat betul keganasan fizikal, aku yakin yg besok² aku pasti akan terkenang kembali sejarah hitam mcm ni dan mengeluh 'Kalaulah aku tak buat mcm tu dulu, mesti aku tak nampak bodoh ek.'
Sbb yg kurang lbh sama, setiap tindakan makhluk yg hidup di dunia ni memberi kesan kpd makhluk yg lain. Dan kita manusia dilebihkan dari makhluk yg lain dgn dikurniakan pelbagai perasaan termasuk 'perasaan bersalah'. Dan setiap manusia dilebihkan dari manusia yg lain dari segi tahap + kualiti keperasaanan mereka.
Sbb tak kurang penting, aku takut org² dpt mengesan motif di sebalik keganasan yg terlaku. Ingin dianggap hero di kalangan budak² perempuan & tdk dpt menahan marah.

Aku pon dah hilang jejak sasaran tulisan ni.

سبحانك اللهمّ ربنا انصرنا فإنك خير الناصرين, وانصرنا فإننا من المظلومين المستضعفين, اللهم اهدنا لأحسن الأخلاق, لايهدى لأحسنها إلا أنت, واصرف عنا سيئها, لايصرف عنا سيئها إلا أنت, ربنا اغفرلنا ذنوبنا وإسرافنا فى أمرنا وثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين, وعلى القوم الظالمين, وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم, .والحمد لله رب العالمين

1 comment:

sis_aflah said...

assalamualaikum...
bagusla..makin bernas tulisan tu... so rajin2kan diri menulis lagi..
wassalam